|
KAMI MEMERLUKAN AGEN PENGIKLANAN Bagi tujuan menyampaikan iklan-iklan Syn-Ads kepada masyarakat umum, kami menjemput individu-individu yang berkelayakan untuk menjadi promoter-promoter sambilan Syn-Ads di serata Malaysia. Syn-Ads juga menjemput webmaster-webmaster laman-laman web di Malaysia untuk sama-sama menyertai Syn-Ads selaku promoter sambilan.
Syarat bagi Individu
Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun ke atas. Mempunyai kenderaan sendiri Syarat bagi WebMaster
Mempunyai laman web, forum dan blog Laman web, forum atau blog hendaklah aktif dan telah dilayari sekurang-kurangnya 100 kali setahun Apa yang perlu anda lakukan sebagai Promoter Syn-Ads?
Individu
Setiap individu yang diterima menjadi agen pengiklanan Syn-Ads hendaklah menampalkan sticker-sticker yang diberikan diberikan di kenderaan anda selama tempoh 1 tahun daripada tarikh anda diterima sebagai promoter sambilan Syn-Ads.
Webmaster
Setiap Webmaster hendaklah memaparkan iklan-iklan yang disediakan di website, forum dan blog anda selama tempoh 1 tahun daripada tarikh anda diterima sebagai promoter sambilan Syn-Ads. Syarat-syarat permohonan.
Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui borang khas yang disediakan dan boleh didapati secara percuma di pejabat SBM Web Sdn Bhd atau boleh hadir terus di pejabat SBM Web Sdn Bhd di A5-02-02, Hata Square, Jalan Mewah 1/3, Pandan Mewah, 55100 Kuala Lumpur atau menelefon kami di 03-42806115.
Setiap permohonan hendaklah diisi dengan sempurna dan dikembalikan.
Tempoh jangkasama kontrak perkhidmatan adalah selama 12 bulan.
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan wang pemprosesan sebanyak RM30.00 sahaja bagi Promoter Biasa, RM300.00 bagi Promoter Eksekutif dan RM3000.00 bagi Promoter VIP.
Setiap permohonan hendaklah juga disertakan dengan wang jaminan sebanyak RM20.00 bagi Promoter Biasa, RM200.00 bagi Promoter Eksekutif dan RM2000.00 bagi Promoter VIP.
Wang jaminan adalah untuk memastikan Promoter-Promoter melaksanakan tanggungjawab untuk memaparkan iklan-iklan yang disediakan di kenderaan dan laman web, forum dan blog masing-masing.
Pihak syarikat akan mengembalikan wang jaminan melalui bayaran ansuran selepas setiap 4 bulan daripada tarikh kontrak ditandatangani sehingga tempoh kontrak tamat.
Faedah-faedah kepada Promoter
Sebagai imbuhan kepada para Promoter, pihak syarikat menawarkan perkongsian keuntungan untuk setiap keuntungan bersih yang diperolehi di sepanjang tempoh Promoter berkerja bagi pihak Syarikat.
Pihak syarikat menawarkan perkongsian keuntungan atas setiap kontrak pengiklanan yang diperolehi mengikut pecahan berikut:-
Promoter Biasa 10%
Promoter Eksekutif 20%
Promoter VIP 30%
Bayaran bagi setiap kontrak yang diperolehi oleh pihak syarikat akan dikongsi di antara setiap kumpulan promoter mengikut pembahagian di atas dan akan dibayar secara serta merta sebaik sahaja pihak Syn-Ads menerima bayaran daripada pihak Pengiklan.
Setiap Promoter yang memperkenalkan Syn-Ads kepada para Pengiklan yang kemudiannya bersetuju melantik Syn-Ads sebagai agen pengiklanan mereka akan dibayar 10% daripada jumlah untung bersih secara individu.
Pihak Syn-Ads juga menawarkan "introducer fee" kepada Promoter yang membawa masuk individu-individu dan/atau webmaster-webmaster baru dan diterima oleh pihak Syn-Ads sebagai Promoter akan dibayar sebanyak RM20.00 bagi setiap Promoter Biasa, RM200.00 bagi Promoter Eksekutif dan RM2000.00 bagi Promoter VIP yang diperkenalkan. Setiap Promoter boleh memperkenalkan seberapa ramai Promoter baru kepada pihak Syn-Ads sepanjang tempoh kontrak perkhidmatan beliau.
Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Syn-Ads di 03-42806115 mengikut kelapangan anda.
|